SK KAMPUNG SAWAI: KARNIVAL MINGGU BAHASA

TARIKH PELAKSANAAN: 10 Ogos hingga 19 Ogos 2022

KUMPULAN SASARAN: Semua Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Pada minggu lepas, unit panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Karnival Minggu Bahasa. Objektif karnival ini diadakan adalah untuk menanam cinta akan bahasa kebangsaan selain dari mengukuhkan penggunaaan bahasa terutamanya bahasa Melayu dalam bicara harian.

Karnival ini turut mendapat kerjasama dari unit panitia bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Selama seminggu karnival ini dilaksanakan, pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksankan. Antara aktiviti yang telah dihidangkan adalah pertandingan mewarna, teka silangkata, pengiraan nombor dalam bahasa Arab, explorace bahasa dan pelbagai lagi.

Pelaksanaan aktiviti ini telah memberikan nilai tambah yang berguna kepada murid. Dalam masa yang sama, karnival ini dapat membentuk kemenjadian murid dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dalam diri murid.
















Post a Comment

0 Comments