SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM BADAN SIHAT MINDA CERGAS

TARIKH PELAKSANAAN: 22 OGOS 2022

KUMPULAN SASARAN: SEMUA WARGA SK KAMPUNG SAWAI


Satu aktiviti telah dijalankan di Sk Kampung Sawai bertemakan Badan Sihat Minda Cergas. Bertemakan konsep hitfat, aktiviti ini telah dilaksanakan pada hari Selasa yang lepas yang disertai oleh semua murid, guru dan kakitangan Sk Kampung Sawai.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Magdeline Leman Anak Jali, aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan budaya sihat dengan cara bersenam. Senaman ini berjaya dilakukan selama 15 minit sebelum sesi pembelajaran bermula. Menariknya, aktiviti senaman ini akan terus berlangsung setiap hari Selasa sehingga hujung tahun persekolahan.

Inisiatif yang telah diambil oleh pihak sekolah dalam menjaga kesihatan dengan cara mengadakan senaman bersama sekali seminggu sangatlah baik kerana ia dapat menggalakkan penglibatan murid untuk terus kekal aktif dan sihat sepanjang masa.









Post a Comment

0 Comments