SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM KLINIK KESIHATAN BERGERAK

TARIKH PELAKSANAAN: 11 OGOS 2022

KUMPULAN SASARAN: MURID TAHUN 6

Pada minggu lepas, sekolah telah menjemput pihak Klinik Kesihatan Tian Matu untuk memantau kesihatan murid tahun 6 secara berkala iaitu dua kali setahun. Pemeriksaan ini telah dilakukan di dewan utama Sk Kampung Sawai.

Menurut penolong pegawai perubatan iaitu Encik Annuar bin Ahmad, pemeriksaan ini perlu dipantau dan dijaga untuk menjamin kesihatan pelajar untuk mereka kekal aktif dan sihat.

Hasil dari pemeriksaan tersebut, kesemua murid tahun 6 Sk Kampung Sawai telah mencapai tahap kesihatan yang baik dan memuaskan. Selain mendapat nasihat dari doktor tentang penjagaan kesihatan, murid juga turut mendapat tips pemakanan yang sihat untuk kekal aktif dan bersemangat sepanjang masa.









Post a Comment

0 Comments