SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN DEMOSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

TARIKH PELAKSANAAN: 25 OGOS 2022

KUMPULAN SASARAN: GURU, MURID DAN IBUBAPA

Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah melaksanakan program latihan pengungsian bangunan dan latihan kebakaran. Pihak sekolah telah menjemput pihak bomba Sungai Merah Sibu untuk memberi penerangan serta demostrasi kebakaran.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan ibubapa turut tidak terkecuali  menyertai program ini. Seramai 4 orang wakil dari pihak balai bomba Sibu telah menunjukan demostrasi kebakaran dan penerangan telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan iaitu Encik Shairulnizam bin Wailie.

Selain menjalankan latihan mengungsian bangunan yang dinilai oleh pihak bomba, murid-murid juga turut berpeluang melakukan latihan memadam kebakaran dengan cara yang betul serta dapat mengetahui cara-cara mengelakkan kemalangan berlaku.

Kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak balai bomba telah  memberi impak perjalanan program dengan baik dan lancar. Disamping banyak manfaat yang diperoleh, murid juga mendapat ilmu yang baru dalam menghadapi situasi kebakaran.













Post a Comment

0 Comments