Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 65 PERINGKAT SEKOLAH

 TARIKH PELAKSANAAN: 24 OGOS 2022

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah melaksanakan program sambutan Kemerdekaan ke 65 peringkat sekolah. Program ini telah dilancarkan pada 24 Ogos yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Sambutan ini telah dijalankan selama 2 minggu dan dipenuhi dengan pelbagai acara yang menarik.

Menurut penyelaras program kemerdekaan iaitu Penolong Kanan Kokurikulum Puan Magdeline Leman anak Jali, sambutan ini diadakan adalah untuk menyemai sifat patriotik kepada negara serta cintakan keamanan negara dalam diri setiap murid. Selain itu, guru besar iaitu Encik Ian bin Felix Arip dalam ucapan perasmiannya turut menekankan semangat kemerdekaan perlulah disambut dalam suasana yang harmoni dan saling menghormati antara kaum.

Selain itu, antara aktiviti yang telah dijalankan pada minggu kemerdekaan tersebut adalah pertandingan kelas patriotik, mewarna, kuiz sejarah, dan tayangan sejarah kemerdekaan. Kemuncak acara gilang gemilang bagi sambutan kemerdekaan ini adalah ketika majlis penangguhan kemerdekaan di mana, satu pertandingan nyanyian patriotik telah diadakan mengikut rumah sukan sekolah. Lebih menariknya, nyanyian kemerdekaan ini diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa serta pertunjukan pakaian beragam bertemakan jalur gemilang dari murid Sk Kampung Sawai.

Jelasnya, sambutan kemerdekaan ini banyak memberi faedah serta kebaikan dalam diri murid secara khususnya. Semangat cinta akan keamanan negara serta menghargai jasa para pejuang negara telah berjaya disemai dalam diri murid melalui aktiviti-aktiviti yang telah dihidangkan dan hal ini telah memupuk nilai kasih sayang serta hormat murid-murid kepada negara Malaysia.



















Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...