SK BATANG LASSA: GOTONG-ROYONG PIBG - PENGUBAHSUAIAN LANTAI ASRAMA SEKOLAH

SK BATANG LASSA: GOTONG-ROYONG PIBG - PENGUBAHSUAIAN LANTAI ASRAMA SEKOLAH

Tarikh: 27 Oktober 2022, Khamis

Satu sesi gotong-royong bersama PIBG SK Batang Lassa telah diadakan Khamis lepas bertujuan untuk mengubah suai lantai asrama sekolah bagi menempatkan 30 Katil "Double-decker" baru yang dijangka akan sampai ke sekolah awal November 2022 ini.

YDP PIBG, Encik Sigat Anak Agok telah memulakan sesi gotong-royong dengan pemberitahuan tujuan gotong-royong serta skop kerja kepada semua ibu-bapa yang hadir. Dengan kerjasama lebih daripada 30 orang Ibu Bapa, sesi gotong-royong tersebut telah berjalan dengan cukup lancar.

Dengan kejayaan sesi gotong-royong kali ini, nescaya murid-murid asrama SK Batang Lassa dapat tinggal di Asrama dalam keadaan yang lebih kemas, teratur dan selesa.












































Post a Comment

0 Comments