SK BATANG LASSA: PERTANDINGAN ZUMBA (PROGRAM KETERAMPILAN MURID ASRAMA - SisKA)

Program Keterampilan Murid Asrama di bawah Sistem Keluarga Asrama (SisKA)

Program Kedua: Pertandingan Zumba

Tarikh Pertandingan: 18 Oktober 2022, Selasa

Pertandingan Zumba telah dilangsungkan dengan jayanya hasil kerjasama utuh yang ditampilkan dengan gabungan beberapa Ibu Bapa Angkat serta kumpulan  Anak-Anak Angkat Asrama SK Batang Lassa dalam membentuk pasukan Zumba. 

Dalam kumpulan masing-masing, Murid-murid asrama dengan bimbingan Ibu Bapa Angkat mempersembahkan 2 Senaman Zumba.

6 Kumpulan iaitu:

Kumpulan Lelaki - Red Army, Under12 dan Uptown Boys

Kumpulan Perempuan - Mero Hindi, Black Beauty dan Gold Queen

Pelbagai pergerakan, ragam serta aksi yang mengasyikkan dan melucukan telah dipamerkan oleh anak-anak cilik Asrama SK Batang Lassa sepanjang pertandingan. 

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara IBU BAPA serta ANAK dalam SisKA SK Batang Lassa. Dalam masa yang sama, meningkatkan lagi nilai keyakinan serta kerjasama antara murid Asrama di samping membudayakan gaya hidup sihat melalui senaman.














































Post a Comment

0 Comments