TARIKH PELAKSANAAN: 27 SEPTEMBER 2022
Pada minggu
lepas, bahagian Hal Ehwal Murid telah melaksanakan aktiviti ziarah cakna untuk menziarah murid yang
tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang kukuh. Ziarah ini telah diwakili Guru Besar iaitu Encik Ian bin Felix Arip, guru Hal Ehwal Murid Puan Rosina binti
Tomick, guru disiplin Cik Freda Wong, dan guru kelas murid terbabit iaitu Cik
Ibtisam binti Hassan.
Kehadiran wakil sekolah telah disambut baik oleh keluarga murid tersebut dan sesi bertanya khabar berjalan dengan lancar. Guru HEM turut menyampaikan amanah tentang peraturan kehadiran sekolah dan tidak terkecuali, guru besar turut memberi nasihat untuk kebaikan bersama.
Ziarah
cakna ini berjaya dilaksanakan atas kerjasama yang telah diberikan. Ziarah
cakna ini sangat baik dilaksanakan kerana ia dapat memberi kesan empati dan
dapat mengambil tahu hal ehwal murid dengan lebih dekat.
0 Comments