SK KAMPUNG SAWAI: LATIHAN IKHTIAR HIDUP TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (MASAKAN RIMBA)

TARIKH PELAKSANAAN: 5 OKTOBER 2022

KUMPULAN SASARAN: SEMUA GURU DAN MURID TAHAP 2


Pada 5 Oktober yang lepas, Sk Kampung Sawai telah menjalankan aktiviti Latihan Ikhtiar Hidup TKRS untuk kategori masakan rimba. Aktiviti ini telah diserta oleh semua guru dan murid-murid tahap 2.

Semua murid telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang disertai 2 orang guru setiap kumpulan untuk memberi tunjuk ajar. Murid telah diberi tugasan untuk masak makanan berasaskan alam rimba. Antara menu yang telah berjaya dihidang ialah ayam pansuh, udang bakar serta ulat sagu salai.

Nilai kerjasama serta tolong menolong jelas dapat dilihat dalam kalangan murid melalui aktiviti ini. Tuntasnya, aktiviti ini dapat memberi banyak pengalaman yang berharga kepada murid kerana mereka dapat mengasah bakat yang ada serta belajar untuk menguruskan sesuatu dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari.






















Post a Comment

0 Comments