Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: PENYERTAAN SUKAN PRIBUMI DAERAH DARO

TARIKH PELAKSANAAN: 19 OKTOBER 2022


Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah menghantar seramai 22 orang murid untuk menyertai pertandingan sukan pribumi peringakt daerah Daro. 22 orang murid ini terdiri daripada 10 murid perempuan dan 12 murid lelaki manakala, seramai 5 orang guru telah mengiringi para atlet termasuk Guru Besar iaitu Encik Ian bin Felix Arip dan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Zharif Zhafran bin Ghazali.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Magdeline Leman anak Jali, antara acara sukan yang disertai adalah bola sepak dan bola baling. Selain itu, sekolah turut menghantar wakil untuk kategori olahraga iaitu lumba lari, lompat jauh dan lontar peluru. Kesemua acara ini telah berlangsung di SK Tanjung Manis dan Pusaka Tanjung.

Latihan yang dijalankan para atlet selama 3 bulan membuahkan hasil apabila Sk Kampung Sawai diumumkan mendapat pingat emas dalam acara olahraga kategori lompat jauh, lumba lari 100 meter dan 200 meter lelaki, dan lontar peluru perempuan. Selain itu, kategori bola sepak juga turut mendapat tempat ketiga.

Lebih menariknya, seramai 5 orang murid telah terpilih untuk ke Miri bagi mewakili bahagian Mukah dalam acara olahraga iaitu lumba lari, lompat jauh, dan lontar peluru serta wakil penjaga gol untuk acara bola sepak.

Penglibatan murid dalam acara sukan pribumi ini telah memberi satu pengalaman yang sangat berharga untuk mereka. Selain dapat menanam sikap berusaha, penglibatan ini juga dapat menjadikan aktiviti kesukanan sebagai salah satu pembelajaran luar kelas yang menarik dan dapat menjadikan pelajar lebih aktif dan berdisiplin.










Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK SMK MATU

SMK MATU INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK Intervensi ini merupakan Intervensi mingguan yg diadakan setiap pagi hari Khamis dari jam 0640 - 0700. Ini bertujuan untuk mengisi masa terluang sebelum mulanya PdPC. Intervensi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Intervensi untuk Menengah rendah dan Intervensi untuk Menengah atas.  Bagi Menengah rendah, Intervensinya adalah "Bijak Sifir". Ini kerana kebanyakan pelajar kurang mahir dalam Sifir. Malahan ada pelajar masih tidak hafal Sifir yang iaitu Sifir 2. Oleh itu, program ini amat sesuai untuk pelajar Menengah rendah untuk mengasah hafalan Sifir mereka. Sifir merupakan tunjang kepada subjek Matematik. Tanpa Sifir, sukar untuk menguasai subjek Matematik.       Intervensi Menengah Rendah Bagi Menengah atas pula, Intervensinya adalah "1soalan 1tingkatan". Program ini lebih kepada pendedahan pelajar kepada soalan peperiksaan awam iaitu soalan spm di mana pelajar akan diberi satu soalan untuk sa...