Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: GOTONG ROYONG MENGATUR SEMULA ASTAKA BARU

Tarikh pelaksanaan: 27 Oktober 2022

Pada minggu lepas, pihak sekolah dengan kerjasama ibubapa telah menjalankan aktiviti gotong royong untuk membaik pulih astaka Sk Kampung Sawai.

Melihat keadaan astaka yang semakin uzur dan boleh mengundang bahaya kepada warga sekolah, Guru Besar iaitu Encik Ian bin Felix Arip telah  mengambil langkah inisiatif iaitu dengan cara mengatur semula astaka dan menambah baik lagi binaan yang sedia ada kepada yang baharu dan lebih kukuh.

Gotong-royong ini telah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ramai ibu bapa untuk sama-sama mengatur semula astaka tersebut. Menurut Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Zharif Zhafran bin Ghazali, pembinaan semula astaka ini akan dilaksankan secepat yang mungkin memandangkan banyak aktiviti sekolah akan dilaksanakan yang memerlukan penggunaan astaka. Lebih menariknya, pembinaan astaka yang baru akan dibina oleh pihak PIBG dengan ukuran yang lebih luas.

Penglibatan PIBG dalam aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan dan meringankan segala kerja-kerja yang dilakukan. Kerjasama yang diberikan ibubapa telah memudahkan urusan pihak sekolah sekaligus dapat mewujudkan suasana harmoni sekolah.








Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website