Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Tarikh pelaksanaan: 1 November 2022

Pada hari Selasa yang lepas, Sk Kampung Sawai telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bertempat di padang Sk Kampung Sawai. 

Hari Sukan Negara tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk Kampung Sawai iaitu Encik Ian bin Felix Arip dan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zharif Zhafran bin Ghazali. Sambutan Hari Sukan Negara telah dijalankan dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta kehadiran ibubapa yang amat memberangsangkan.

Aktiviti senamrobik mega telah menjadi pembuka tirai untuk Hari Sukan Negara. Menariknya, senamrobik ini telah diketuai oleh Penolong Kanan Hem, Puan Rosina binti Tomick. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan meniup belon, mengalih bola pingpong, langkah periuk api dan perlawanan futsal antara rumah sukan.

Objektif Hari Sukan Negara peringkat sekolah SK Kampung Sawai telah mewujudkan kesatuan dalam komuniti penduduk Kampung Sawai dengan pihak sekolah. Di samping itu, melalui aktiviti ini dapat melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat dari segi tubuh badan dan minda mereka. Kemeriahan dapat dirasai apabila semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda menyertai acara yang telah diadakan.

Perpaduan yang terhasil melalui kerjasama telah menjadi mekanisme yang penting dalam kemeriahan Hari Sukan Negara peringkat sekolah SK Kampung Sawai berjalan dengan lancar serta jayanya. Selain daripada itu, para pelajar SK Kampung Sawai telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan seronok bagi mereka, di mana akan menjadi suatu pengalaman yang bermakna kepada mereka kelak. Secara tuntasnya, aktiviti yang diadakan pada Hari Sukan Negara telah memberikan satu pembelajaran yang penting berkenaan penjagaan kesihatan yang menjadi aspek penting dalam kesejahteraan dan keharmonian hidup.























Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...