SAMBUTAN HARI JADI SK SELAIR

SAMBUTAN HARI JADI MURID SK ORANG KAYA SELAIR DAN HARI PENGHARGAAN KEPADA AHLI PIBG, GURU KAFA DAN PEKERJA SWASTA 2 Disember 2022, pada hari tersebut SK ORANG KAYA SELAIR MATU mengadakan aktiviti sambutan hari jadi murid serta hari penghargaan kepada ahli sokongan guru-guru yang bertungkus lumus sepanjang tahun dalam menjayakan program sepanjang tahun. Selain itu, majlis ini diadakan untuk menyambut hari jadi murid secara besar-besaran atas dasar menghargai pahit lelah bersama-sama murid dalam membina seorang individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Program ini disambut dengan jayanya, oleh kehadiran PIHAK PIBG sekolah, Guru Kafa dan Pekerja Swasta SK OK SELAIR. Tanpa kerjasama daripada semua pihak program pada hari ini tidak dapat dijalankan. Semoga kerjasama semua pihak dalam satu sekolah dapat dipupuk serta di gapai oleh kita semua untuk membentuk sekolah yang harmoni dan selamat bagi pelajar kita.

Post a Comment

0 Comments