Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Tarikh pelaksanaan: 30 November – 2 Disember

Pada minggu lepas, unit Kokurikulum Sk Kampung Sawai telah melaksanakan satu aktiviti perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah peringkat sekolah. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan telah disertai seramai 31 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 2.

Menariknya, pihak sekolah turut menjemput pihak Balai Bomba dan Penyelamat dari Sungai Merah untuk sama-sama bekerjasama dalam menjayakan perkhemahan ini. Kehadiran 3 orang wakil pegawai bomba telah berjaya menambahkan ilmu ikhtiar hidup diri murid melalui aktiviti ikatan tali temali, bantuan kecemasan, bina pondok dan pelbagai lagi.

Murid yang telah dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Alpha, Beta, dan Charlie telah memberikan kerjasama dengan baik sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Sokongan moral dari ibubapa turut tiada kurangnya kerana telah sama-sama berkerah tenaga, berkongsi bahan logistik dan makanan bagi melancarkan perkhemahan ini.

Tuntasnya, aktiviti perkhemahan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama dari pelbagai pihak serta disiplin yang diberikan oleh murid. Selain mendapat pelbagai ilmu ikhtiar hidup, murid juga turut mendapat pendedahan secara praktikal yang boleh mendidik mereka menjadi insan yang lebih berguna kepada masyarakat serta negara.

 



















































Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...