Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

SK KG BETANAK : MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH MAJLIS PERPISAHAN TAHUN 6

Pada tahun 2023 ini merupakan tahun terakhir murid tahun 6 seramai 37 orang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah serta ibu bapa berbesar hati untuk merancang dan mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan murid tahun 6 serta dua orang guru yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Penipah iaitu Cikgu Nik Zuniela Hanis binti Nik Mohamad Mokhtar serta Abang Muhammad Syami bin Abg Sazali yang berpindah di Sekolah Kebangsaan Sg Mador. Majlis turut menjemput beberapa dif-dif kehormat serta ibu bapa/penjaga murid tahun 6 bagi meraikan kejayaan tamatnya persekolahan Sekolah Rendah murid-murid tahun 6. TENTATIF MAJLIS : MASA AKTIVITI 2.00 PETANG Ketibaan tetamu dan murid-murid Tahun 6   Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu pertiwiku, Lagu Sekolah   Bacaan Doa   Ucapan Alu-Aluan   Ucapan Guru Besar ...

SK KG BETANAK : MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2022/2023

Pada 15 Februari 2023 lalu, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah serta Sijil kepada murid-murid yang cemerlang di dalam akademik atau pun kokurikulum serta mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik sepanjang sesi persekolahan. Pemilihan murid berdasarkan kepada keputusan peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023 serta Pentaksiran Bilik Darjah yang dinilai oleh para guru Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Murid yang terlibat adalah dari Pra Sekolah sehingga lah murid tahun 6. Berikut adalah objektif utama diadakan majlis tersebut :  i.             Menghargai serta memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan murid ii.         Menyuburkan potensi diri murid dalam pelbagai aspek perkembangan iii.        Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan diri. iv.   ...

SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID 2022/2023

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah menjayakan satu majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Murid pada 16 Februari 2023 bertempat di astaka Sk Kampung Sawai. Majlis ini dilaksanakan adalah untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang telah tamat belajar serta murid pra sekolah 6 tahun yang akan melangkah ke tahun 1. Majlis ini disambut meriah dengan kahadiran ADUN N.43 Daro, Tuan Safiee bin Haji Ahmad yang dijemput khas untuk merasmikan astaka baru di Sk Kampung Sawai. Berucap di majlis tersebut, Yang Berhormat telah menekankan aspek pendidikan anak-anak untuk melahirkan aset kemenjadian manusia yang baik dan sempurna. Ibu bapa juga perlu menitik beratkan soal pendidikan agar tidak ada anak-anak yang keciciran dalam pembelajaran.   Pada majlis tersebut, Yang Berhormat telah merasmikan astaka yang diberi nama Astaka Safiee sempena menghargai sumbangan beliau kepada pihak sekolah. Menurut Guru Besar Encik Ian Bin Felix Arip, majlis ini telah memberi makna yang besar kepada semua...

SK KG SERDENG : BACAAN SURAH YASSIN FEBRUARI 2023

Nama Sekolah: SK Kg Serdeng Nama Program : Bacaan Surah Yassin Februari 2023 Tarikh : 03 Februari 2023  Hari : Jumaat (7:00 - 7:30 pagi) Kumpulan Sasaran: Semua guru, staff dan murid Islam. Pengisian Program : 1. Semua guru, staf dan murid Islam membaca Surah Yassin yang diketuai oleh Cikgu Fazil Yaman dan diiringi bacaan doa oleh Putera Nuriman Hakimi tahun 6. 2. Program Nilam pula dilaksanakan serentak bagi murid bukan Islam sebagai pengisian. Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

SK KG SERDENG : PERKHEMAHAN BADAN UNIT BERUNIFORM TKRS 2023

Nama Sekolah: SK KG Serdeng Nama Program : PERKHEMAHAN BADAN UNIT BERUNIFORM TKRS 2022/2023 Tarikh : 3-5 Februari 2023 Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad Pengisian Program: 1. Pendaftaran para peserta. 2. Ice Breaking. 3. Bantu Mula 4. Orienting 5. Masakan rimba. 6. Treasure Hunt 7. Larian Komando. 8. Malam Kebudayaan. 9. Reflesi 10. Tazkirah Maghrib dan Subuh 11. Majlis Penutupan Semoga aktiviti ini dapat membina sahsiah diri dan daya tahan murid-murid terutamanya aspek kepimpinan, kerjasama. Bukan itu sahaja, program perkhemahan perdana ini akan memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta.  Disediakan oleh :  Setiausaha Kokurikulum

SK KG SERDENG : AGIHAN BUKU TEKS UNTUK SESI AKADEMIK 2023/2024

 Nama Sekolah: SK Kg Serdeng Nama Program : Agihan Buku Teks Tarikh : 10 Februari 2023  Hari : Jumaat (8:00 - 10:00 pagi) Kumpulan Sasaran: Semua guru, staff dan murid. Pengisian Program : Murid diberi taklimat tentang agihan buku teks yang akan dijalankan. Murid mengambil buku teks dan buku aktiviti di bilik SPBT mengikut kelas. Guru kelas membantu menguruskan agihan buku teks. Disediakan oleh Penyelaras SPBT