Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan acara kejohanan sukan peringkat sekolah yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 7, 8, dan 9 Februari 2023. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Igan iaitu Yang Berhormat Ahmad Johnie bin Zawawi.

Kejohanan sukan ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan meriah oleh komuniti warga Kampung Sawai. Pihak sekolah bersama-sama dengan Exco PIBG telah berganding bahu dalam merealisasikan serta menjayakan kejohanan sukan sekolah tahun ini.

Antara acara sukan yang telah dipertandingkan ialah acara balapan iaitu lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi, dan lontar peluru. Manakala bagi sukan kategori PIBG yang telah mendapat sambutan baik dari semua pihak ialah acara futsal, tarik tali, kayuh sampan, dan pertandingan suara emas.

Menurut penasihat kejohanan sukan iaitu Encik Ian Bin Felix Arip, Kejohanan sukan pada tahun ini telah mendapat sambutan yang cukup meriah bukan sahaja dari warga Kampung Sawai malahan, kampung lain serta pekerja ladang turut sama menyertai acara yang dipertandingkan. Kehadiran YB yang merasmikan kejohan sukan sekolah Sk Kampung Sawai sedikit sebanyak telah memberi suntikan semangat kepada penduduk sekitar dan warga sekolah akibat aktiviti sekolah yang tergendala lebih kurang 2 tahun berikutan Covid-19 yang melanda negara kita.

Tuntasnya, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini telah berjaya membuktikan bahawa kesepaduan dan persefahaman dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Bagi pelajar pula, kejohanan ini telah memberi satu pendidikan di luar kelas yang sangat baik dengan didikan suasana kerjasama dalam berkumpulan serta melatih pelajar untuk sentiasa berdisiplin dalam melakukan setiap aktiviti yang disertai.













Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...

SK MOHAMAD REDEH SAAI: MAJLIS PENGHARGAAN SETULUS HATI DAN MAJLIS SAMBUTAN MESRA UNTUK GURU BAHARU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Majlis Penghargaan Setulus Hati dan Majlis Sambutan Mesra Untuk Guru Baharu Tarikh Pelaksanaan Program: 28 Februari 2024 | Jumaat Kumpulan Sasaran: Guru-guru dan murid-murid SK Mohamad Redeh Objektif Program: 1. M enghargai jasa dan sumbangan guru-guru yang bakal berpindah. 2. Menyemai budaya apresiasi dalam kalangan warga sekolah. 3. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara guru baharu dan warga sekolah. 4. Meraikan kehadiran guru-guru baharu dengan suasana mesra dan inklusif. Gambar: Penutup: Majlis Penghargaan Setulus Hati & Majlis Sambutan Mesra untuk Guru Baharu telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah banyak menyumbang kepada sekolah, malah turut menjadi platform menyambut kehadiran guru-guru baharu dengan penuh penghormatan dan keakraban. Keseluruhannya, program ini telah mencap...