Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID 2022/2023

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah menjayakan satu majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Murid pada 16 Februari 2023 bertempat di astaka Sk Kampung Sawai. Majlis ini dilaksanakan adalah untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang telah tamat belajar serta murid pra sekolah 6 tahun yang akan melangkah ke tahun 1.

Majlis ini disambut meriah dengan kahadiran ADUN N.43 Daro, Tuan Safiee bin Haji Ahmad yang dijemput khas untuk merasmikan astaka baru di Sk Kampung Sawai. Berucap di majlis tersebut, Yang Berhormat telah menekankan aspek pendidikan anak-anak untuk melahirkan aset kemenjadian manusia yang baik dan sempurna. Ibu bapa juga perlu menitik beratkan soal pendidikan agar tidak ada anak-anak yang keciciran dalam pembelajaran.  

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat telah merasmikan astaka yang diberi nama Astaka Safiee sempena menghargai sumbangan beliau kepada pihak sekolah. Menurut Guru Besar Encik Ian Bin Felix Arip, majlis ini telah memberi makna yang besar kepada semua terutamnya murid-murid tahun 6 kerana sambutan yang dijalankan berjalan dengan penuh meriah dengan kehadiran Yang Berhormat serta kehadiran Ibubapa. Beliau juga turut menyampaikan pesanan kepada murid-murid yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah menengah agar menjadi manusia yang berguna dan sentiasa berbuat baik walau dimana sahaja berada.

Seramai 12 orang murid tahun 6 telah berjaya menamatkan sesi persekolahan dan majlis penyampaian sijil tamat sekolah telah disampaikan oleh Yang Berhormat ADUN N.43, Tuan Guru Besar, Wakil PPD, Pengerusi PIBG serta Pengarah Urusan Primula Gemilang.












Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...