SK KAMPUNG SAWAI: SAMBUTAN HARI STEM PERINGKAT SEKOLAH

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya menjayakan hari STEM peringkat sekolah di Dewan Sk Kampung Sawai. Program tersebut telah dijalankan pada 30 Januari 2023 yang telah disertai semua guru dan murid.

Program hari STEM yang dianjurkan oleh 3 panitia iaitu panitia Sains, Matematik, serta Reka Bentuk dan Teknologi telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik seperti kuiz Matematik dan Sains serta pertandingan mereka cipta model dari bahan kitar semula.

Menurut pengerusi hari STEM iaitu Encik Zharif Zhafran bin Ghazali, program hari STEM telah berjaya mencapai matlamat dan objektif melalui hasil yang ditunjukkan murid-murid pada akhir program. Murid-murid telah  menunjukan minat yang tinggi dalam mengetahui keajaiban ilmu Sains serta menunjukkan hasil kreativiti yang tinggi dalam mereka bentuk model. Program ini juga telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran di luar kelas yang lebih menarik selaras dengan konsep Learning is Fun.

Program hari STEM yang telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Ian Bin Felix Arip telah berjaya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak terutamanya dalam kalangan murid-murid.














Post a Comment

0 Comments