Skip to main content

SK KG BETANAK : PROGRAM 10 MINIT MEMBACA

Bermula 29 Mac 2023, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun memulakan rutin di awal pagi dengan aktiviti bacaan 5 minit di awal pagi seusai murid hadir ke sekolah. Pengawas Pusat Sumber ditugaskan untuk membawa buku-buku dan mengawasi setiap kelas ketika sesi bacaan buku selama 5 minit berlangsung. Aktiviti ini adalah salah satu cara untuk membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. 


OBJEKTIF

  • Meningkatkan minat membaca yang berterusan.  (avid reader).
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
  • Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        
  • Mengenalpasti tokoh murid yang banyak  membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.




TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang sesi persekolahan 2023/2024

PERINGKAT : SEKOLAH
ANJURAN : UNIT PERPUSTAKAAN SK KG BETANAK


SASARAN 

  •     Pengawas PSS
  •     Guru Perpustakaan / GPM
  •     Murid Tahun 1-6
  •     Semua guru















Pihak sekolah amat mengharapkan semoga program ini sedikit sebanyak menggalakkan budaya murid berilmu serta  melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah


Disediakan oleh ,


Nurul Aini Mohd.Yunos

GURU PERPUSTAKAAN SK KG BETANAK & PENYELARAS WEBSITE SISC+ SK KG BETANAK

Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...