Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

"JULOO" SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DARO

  SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DARO. "JULOO" NAMA SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Ulu Daro NAMA PROGRAM Ihya’ Ramadhan 1444H / 2023M MATA PELAJARAN Pendidikan Islam TARIKH PELAKSANAAN 27 April – 17 Mei 2023 KUMPULAN SASARAN Murid tahun 1 hingga tahun 6 PENGISIAN 1.     Tadarus Al-Quran 2.     Pertandingan Mewarna Salam Ramadhan 3.     Pertandingan Mewarna Sampul Duit Raya 4.     Pertandingan Teka Silang Kata 5.     Pengagihan Bubur Pedas 6.     Iftar Jamaie PENUTUP Kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua warga sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Di...

SMK BELAWAI: TAKLIMAT PENYEMAKAN DATA SPM 2023

18 April 2023, Taklimat Penyemakan Data SPM 2023 telah dilakukan di Dewan Sri Barong yang disampaikan oleh Cikgu Gilbert Anak Katong, Setiusaha SPM SMK Belawai. Semua murid tingkatan 5 telah terlibat bermula jam 8.00 pagi hingga 9.15 pagi. Taklimat ini bertujuan untuk memastikan semua maklumat calon SPM 2023 tepat sebelum dikunci masuk secara dalam talian yang telah mula dibuka sekarang. Tuan Pengetua, Cikgu Shariff bin Umar telah memberi sedikit kata-kata motivasi kepada calon- calon SPM agar terus sentiasa bersemangat dan bersedia dengan Pentaksiran Penggal Pertama yang akan berlangsung pada 8 Mei 2023 kelak. Laporan: Nurhana Binti Mustafa

SMK BELAWAI: ZIARAH CAKNA DAN SUMBANGAN IKHLAS

18 April 2023, Program Ziarah Cakna dan penyampaian sumbangan derma ikhlas daripada warga SMK Belawai kepada keluarga adik Haziq bin Bolkiah (5C) dan Adik Haziq bin Sahrani (3D) yang telah kematian ibunda tercinta mereka pada minggu lepas. Semoga dengan sedikit sumbangan ikhlas daripada warga SMK Belawai ini mampu meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh mereka. Diharapkan semoga anak- anak ini diberi ketabahan dan keredhaan atas pemergian ibunda mereka. Sekian, Terima kasih Salam keluarga madani Daripada: Unit HEM & UBK SMK Belawai

SMK BELAWAI: IFTAR JAMA'IE & SOLA TARAWIH BERJEMAAH

17 April 2023, SMK Belawai telah menganjurkan Program Iftar Jama'ie dan Solat Tarawih berjemaah bersama-sama semua staff SMK Belawai dan murid- murid asrama. Program ini berlangsung bermula jam 6 petang hingga jam 9 malam. Aktiviti dimulai dengan Tazkirah ringkas di Surau Darus Sofah, SMK Belawai yang disampaikan oleh pencerah jemputan Ustaz Khusairi Bin Senan (Guru Agama SK Abang Gesa, Belawai). Seterusnya aktiviti berbuka puasa dengan buah tamar dan disusuli dengan solat maghrib berjemaah. Usai solat maghrib, semua warga muslim SMK Belawai beserta murid asrama bergerak ke Dewan Sri Barong untuk menjamu selera bersama- sama. Selepas berjamu selera, warga muslim dan murid- murid asrama bergerak semua ke surau untuk solat isya' dan solat sunat tarawih secara berjemaah. Semua warga muslim dan murid- murid asrama bersurai setelah selesai solat sunat tarawih. Melalui program ini, mampu merapatkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan murid-murid asrama  malah memanfaatk...

SK KG TEKAJONG: PROGRAM IFTAR JAMAIE SK KG TEKAJONG

Nama Sekolah                             : SK Kg Tekajong Nama Program / Intervensi          : Program Iftar Jamaie SK Kg Tekajong Mata Pelajaran                            : - Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 12 April 2023 (Rabu) Kumpulan Sasaran                      : Semua Warga Sekolah, Komuniti Kg Tekajong Pengisian Program / Intervensi    : 1. Kedatangan tetamu dan jemputan majlis 2.  Bacaan tahlil dan doa selamat. 3.  Ucapan Guru Besar. 4.  Majlis berbuka puasa. 5.  Majlis tamat. Gambar / Video       ...