Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: AKTIVITI PROGRAM PERTAMA PERSEKOLAHAN

 SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2023/2024

Menyambut baik saranan dari Menteri Pendidikan yang mahu  memastikan minggu pertama awal persekolahan di isi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik, Sk Kampung Sawai telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat pada minggu pertama persekolahan.

Pada 20 Mac 2023, sekolah telah dibuka secara rasmi dan kehadiran murid ke sekolah telah mendapat sambutan yang memberangsangkan bersama ibubapa yang turut hadir menyertai aktiviti yang telah disediakan.

Menurut Guru Besar Sk Kampung Sawai Encik Ian bin Felix Arip, program yang dijalankan pada minggu pertama persekolahan telah berjaya menarik minat murid untuk terus hadir ke sekolah disamping memberi suasana yang seronok dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Antara aktivti yang telah dijalankan sepanjang minggu pertama ialah senam tari, an arts day with parents, game and fame, treasure hunt, berzumba dan pelbagai lagi. Lebih menariknya, ibu bapa turut memeriahkan aktiviti bersama anak-anak mereka dan saling bekerjasama melalui gotong-royong untuk memeriahkan suasana keceriaan kelas.

Tuntasnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu pertama persekolahan telah disambut baik oleh semua pihak. 

 














Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...

SK MOHAMAD REDEH SAAI: MAJLIS PENGHARGAAN SETULUS HATI DAN MAJLIS SAMBUTAN MESRA UNTUK GURU BAHARU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Majlis Penghargaan Setulus Hati dan Majlis Sambutan Mesra Untuk Guru Baharu Tarikh Pelaksanaan Program: 28 Februari 2024 | Jumaat Kumpulan Sasaran: Guru-guru dan murid-murid SK Mohamad Redeh Objektif Program: 1. M enghargai jasa dan sumbangan guru-guru yang bakal berpindah. 2. Menyemai budaya apresiasi dalam kalangan warga sekolah. 3. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara guru baharu dan warga sekolah. 4. Meraikan kehadiran guru-guru baharu dengan suasana mesra dan inklusif. Gambar: Penutup: Majlis Penghargaan Setulus Hati & Majlis Sambutan Mesra untuk Guru Baharu telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah banyak menyumbang kepada sekolah, malah turut menjadi platform menyambut kehadiran guru-guru baharu dengan penuh penghormatan dan keakraban. Keseluruhannya, program ini telah mencap...