Skip to main content

SMK BELAWAI: IFTAR JAMA'IE & SOLA TARAWIH BERJEMAAH

17 April 2023, SMK Belawai telah menganjurkan Program Iftar Jama'ie dan Solat Tarawih berjemaah bersama-sama semua staff SMK Belawai dan murid- murid asrama. Program ini berlangsung bermula jam 6 petang hingga jam 9 malam. Aktiviti dimulai dengan Tazkirah ringkas di Surau Darus Sofah, SMK Belawai yang disampaikan oleh pencerah jemputan Ustaz Khusairi Bin Senan (Guru Agama SK Abang Gesa, Belawai). Seterusnya aktiviti berbuka puasa dengan buah tamar dan disusuli dengan solat maghrib berjemaah. Usai solat maghrib, semua warga muslim SMK Belawai beserta murid asrama bergerak ke Dewan Sri Barong untuk menjamu selera bersama- sama.

Selepas berjamu selera, warga muslim dan murid- murid asrama bergerak semua ke surau untuk solat isya' dan solat sunat tarawih secara berjemaah. Semua warga muslim dan murid- murid asrama bersurai setelah selesai solat sunat tarawih. Melalui program ini, mampu merapatkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan murid-murid asrama  malah memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan solat sunat tarawih.








Laporan: Nurhana Binti Mustafa


Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...