SMK BELAWAI: TAKLIMAT PENYEMAKAN DATA SPM 2023

18 April 2023, Taklimat Penyemakan Data SPM 2023 telah dilakukan di Dewan Sri Barong yang disampaikan oleh Cikgu Gilbert Anak Katong, Setiusaha SPM SMK Belawai. Semua murid tingkatan 5 telah terlibat bermula jam 8.00 pagi hingga 9.15 pagi. Taklimat ini bertujuan untuk memastikan semua maklumat calon SPM 2023 tepat sebelum dikunci masuk secara dalam talian yang telah mula dibuka sekarang. Tuan Pengetua, Cikgu Shariff bin Umar telah memberi sedikit kata-kata motivasi kepada calon- calon SPM agar terus sentiasa bersemangat dan bersedia dengan Pentaksiran Penggal Pertama yang akan berlangsung pada 8 Mei 2023 kelak.







Laporan: Nurhana Binti Mustafa

Post a Comment

0 Comments