8 Mei 2023. Kejohanan Merentas Desa SAGA dijalankan dengan jayanya pada 3 Mei 2023. Objektif pelaksanaan kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat murid dalam acara larian rentas desa seterusnya memilih wakil sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Daro. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia Tanjung Manis, Klinik Kesihatan Rajang serta semua warga sekolah yang menjayakan pelaksanaan kejohanan pada kali ini.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment