Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

SK KG BETANAK : MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM (ADAB DAN NILAI)

Pada 19 Jun 2023, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun melancarkan gimik pelancaran bagi Minggu Pendidikan Islam. Tema pertandingan berkonsepkan Adab dan Nilai yang mana hasil anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pertandingan dijalankan selama 5 hari bermula 19 Jun-25 Jun 2023. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat murid untuk menyertai. Antaranya ialah :  Pertandingan Tulisan Jawi / Khat  Pertandingan Daei Cilik  Pertandingan Tilawah Al Quran  Pertandingan Hafazan Al Quran  Pertandingan Nyanyian Solo / Duet Kerohanian Berikut adalah sisipan gambar dan video sepanjang Minggu Panitia Pendidikan Islam berlangsung : Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.

SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah melaksanakan program pemeriksaan kesihatan gigi selama 3 hari bermula 20 sehingga 23 haribulan Jun 2023. Seramai 3 orang wakil jururawat dari Klinik Kesihatan Dalat telah datang ke sekolah untuk berkongsi tentang kesihatan gigi. Pada hari pertama, ketua jururarawat pergigian iaitu Puan Norita telah mengadakan sesi perkongsian tentang cara penjagaan gigi dengan betul. Selain menunjukkan demo yang betul cara memberus gigi, para jururawat turut memantau murid memberus gigi selepas waktu rehat. Pada hari kedua dan ketiga, mereka telah menjalankan pemeriksaan gigi kepada semua murid. Bagi murid yang ada masalah seperti gigi berlubang, mereka turut membekalkan ubat selain memberi nasihat yang baik kepada murid terbabit. Semua murid telah mendapat banyak manfaat dari program ini. Selain dapat meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya penjagaan gigi, mereka turut dapat mengaplikasikan cara yang betul untuk memberus gigi dengan baik.

PLC Teacher Sharing Session - Pengurusan Panitia Mata Pelajaran. SISC+ sebagai Knowledgeable Others (KO).

  Nama Sekolah: SK BRUAN MAPAL Nama Program : PLC Teacher Sharing Session - Pengurusan Panitia Mata Pelajaran. SISC+ sebagai Knowledgeable Others (KO). Mata Pelajaran : BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SAINS, MATEMATIK, SEJARAH, RBT, PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB. Tarikh Pelaksanaan Program: 22 JUN 2023, HARI KHAMIS Kumpulan Sasaran: SEMUA KETUA PANITIA MATA PELAJARAN Pengisian Program / Intervensi: 1) Bimbingan pihak SISC+ kepada ketua panitia untuk menguruskan fail panitia mata pelajaran seterusnya disebarkan kepada ahli-ahli panitia. 2) Membaiki kekurangan yang ada dalam pengurusan fail panitia. Gambar : Penutup: Diharapkan program sebegini dapat memberi manfaat dan dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Disediakan oleh: Ahmad Ismail Bin Mohammad Penyelaras Website

SK KG SERDENG : KARNIVAL BAHASA INGGERIS KODAO 3.0 PERINGKAT DAERAH DARO 2023

Nama Sekolah : SK Kg Serdeng Nama Program : Penyertaan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Daro 2023 Tarikh : 21.06.2023 Hari : Rabu Kumpulan Sasaran :   Murid-murid yang terpilih untuk mewakili SK Kg Serdeng Pengisian Program/Intervesi : Wakil daerah bagi pertandingan : Pertandingan Storytelling (Sijil Penyertaan) Pertandingan Scrabble (Fifth Place) Pertandingan Poetry Recitation  (Fifth Place) Pertandingan Dare To Spell(Sijil Penyertaan) Penutup :Semoga penyertaan dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah ini dapat meningkatkan daya saing secara sihat dalam kalangan murid-murid dan membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Disediakan Oleh : (Salwana Mohd Suyuty) AJK Dokumentasi

SMK BELAWAI: PROGRAM BACAAN YAASIN DAN AL-KAHFI

  Nama Program / Intervensi : Program Bacaan surah Yaasin dan Al-Kahfi (ayat 1 - 10) Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tarikh pelaksanaan program / intervensi : Setiap pagi hari Jumaat Kumpulan Sasaran : Guru dan pelajar muslim Pengisian Program / Intervensi : 1. Bacaan surah Yaasin 2. Bacaan surah Al-Kahfi (ayat 1 - 10)   Gambar / Video:   Penutup : Diharapkan agar program ini dapat mengisi waktu lapang dengan aktiviti keilmuan yang berfaedah, disamping mengajak warga sekolah untuk sentiasa mendekatkan diri dengan beribadah kepada Allah swt dalam apa juga keadaan serta menjaga akhlak dan adab dalam ibadah.   Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam

SK KG SERDENG : KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD PERINGKAT DAERAH DARO 2023

Nama Sekolah : SK Kg Serdeng Nama Program : Penyertaan Kejohanan Merentas Desa MSSD Peringkat Daerah Daro 2023 Tarikh : 20.06.2023 Hari : Selasa Kumpulan Sasaran :   Murid-murid yang terpilih untuk mewakili SK Kg Serdeng Pengisian Program/Intervesi : Penyertaan Kejohanan Merentas Desa MSSD Peringkat Daerah Daro 2023 Penutup :Semoga penyertaan rentas desa ini dapat meningkatkan daya saing secara sihat dalam kalangan murid-murid Disediakan Oleh : (Salwana Mohd Suyuty) AJK Dokumentasi

SK KG SERDENG : BOLA SEPAK MSSD PERINGKAT ZON TANJUNG JATI 2023

Nama Sekolah : SK Kg Serdeng Nama Program : Penyertaan Bola Sepak MSSD Peringkat Zon Tanjung Jati 2023 Tarikh : 16.06.2023 Hari : Jumaat Kumpulan Sasaran :  Murid-murid yang terpilih untuk mewakili SK Kg Serdeng Pengisian Program/Intervesi : Penyertaan pertandingan Bola Sepak MSSD peringkat Zon Tanjung Jati. Penutup :Semoga penyertaan bola sepak ini dapat meningkatkan daya saing secara sihat dalam kalangan murid-murid Disediakan Oleh : (Salwana Mohd Suyuty) AJK Dokumentasi