SK KAMPUNG SAWAI: LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN SIRI 1

Pada 17 Julai 2023 yang lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan latihan pengungsian bangunan siri yang pertama. Latihan ini telah dilaksanakan secara mengejut pada sebelah pagi waktu pembelajaran.

Menurut Ketua Unit bahagian Keselamatan iaitu Encik Morton, latihan ini telah dilaksanakan tanpa pengetahuan guru dan pelajar kerana latihan ini adalah untuk melihat kesediaan dan tindakan mereka dalam menghadapi suasana kecemasan yang sebenar di sekolah.

Latihan pengungsian ini telah berjaya dilaksanakan dengan catatan minit 1.37 saat tanpa ada sebarang kecederaan.








Post a Comment

0 Comments