Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM ANTI DADAH (AADK)

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan 2 program secara serentak dalam satu hari iaitu Majlis Pelancaran Nilam Dan Program Anti Dadah (AADK) pada 7 Julai 2023.

Pada sesi pertama, majlis pelancaran nilam telah dilaksanakan dengan penuh meriah. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Ian bin Felix Arip dan diiringi oleh YDP PIBG iaitu Puan Azreen binti Jul.

Memetik kata-kata ucapan dari YDP PIBG, program sebegini perlulah disuburkan agar semangat membaca dapat disemai dalam diri setiap murid. Manakala menurut ucapan Tuan Guru Besar, program NILAM adalah salah satu cabang untuk menyuntik semangat murid untuk terus membaca kerana akan ada penghargaan yang akan diberikan berdasarkan nilai jumlah buku yang dibaca.

Selain itu, majlis ini turut diserikan dengan persembahan membaca buku cerita dari murid-murid pemulihan yang telah berjaya dipimpin oleh Guru Penolong Kanan HEM iaitu Puan Rosina binti Tomick.

Pada sesi yang seterusnya, pelancaran Program Anti Dadah turut dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dan diiringi oleh YDP PIBG. Pogram ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang bahayanya dadah.

Selain itu, turut dikongsikan kepada murid tentang kisah-kisah tauladan dan pengajaran tentang kesan pengambilan dadah yang salah dalam kehidupan.

Kedua-dua program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan semua murid telah berjaya mendapat input yang berguna dari kedua-dua program ini.







Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website