SK KAMPUNG SAWAI: PERJUMPAAN EXCO PIBG DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KECERIAAN KELAS.

Pada 13 Julai yang lepas, Sk Kampung Sawai telah mengadakan satu perjumpaan guru-guru bersama barisan exco tertinggi PIBG. Perjumpaan ini telah dijalankan di dewan utama.

Pengisian perjumpaan ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di sekolah. Selain itu, pengetahuan tentang tugas masing-masing turut diberitahu dalam perjumpaan ini memandangkan ada barisam ahli exco yang baru dilantik pada mesyuarat agung PIBG yang lepas.

Turut dilaksanakan pada perjumpaan tersebut adalah penyampaian duit bantuan untuk keceriaan kelas kepada setiap guru kelas. Bantuan ini disampaikan adalah untuk meringankan beban para guru untuk membeli alatan atau bahan untuk keceriaan kelas demi keselesaan para murid untuk belajar.












Post a Comment

0 Comments