SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS RAMAH TAMAH GONG XI RAYA GAWAI QURBAN 2023 DAN PELANCARAN LOGO BAHARU SK KAMPUNG SAWAI
Pada hari Selasa lepas 22 Ogos 2023, Sk Kampung Sawai telah berjaya meraikan majlis Ramah Tamah Gong Xi Raya Gawai Qurban dan pelancaran logo baharu sekolah yang diadakan di Astaka Safiee Sk Kampung Sawai. Kemeriahan majlis ini telah disambut oleh semua warga sekolah dan juga komuniti Sawai. Lebih menarik lagi, majlis ini telah menjemput YB Ahmad Johnie bin Zawawi iaitu ahli Parlimen P.207 Igan sebagai tetamu jemputan khas bagi merasmikan majlis serta logo baharu sekolah. Memetik kata-kata dari ucapan YB, beliau menyatakan bahawa majlis sebegini begitu baik untuk diteruskan bagi merapatkan hubungan antara komuniti serta meraikan perayaan-perayaan setiap kaum yang disambut. Selain itu, beliau juga menekankan dalam soal pemberian dana yang begitu penting bagi menggerakkan gerak kerja sekolah. Semua aktiviti yang dijalankan adalah untuk merancakkan proses pembelajaran bukan sahaja untuk pelajar malah, dapat juga menyambut semangat kekitaan untuk masyarakat komuniti. Acara majli...