Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS RAMAH TAMAH GONG XI RAYA GAWAI QURBAN 2023 DAN PELANCARAN LOGO BAHARU SK KAMPUNG SAWAI

 Pada hari Selasa lepas 22 Ogos 2023, Sk Kampung Sawai telah berjaya meraikan majlis Ramah Tamah Gong Xi Raya Gawai Qurban dan pelancaran logo baharu sekolah yang diadakan di Astaka Safiee Sk Kampung Sawai.

Kemeriahan majlis ini telah disambut oleh semua warga sekolah dan juga komuniti Sawai. Lebih menarik lagi, majlis ini telah menjemput YB Ahmad Johnie bin Zawawi iaitu ahli Parlimen P.207 Igan sebagai tetamu jemputan khas bagi merasmikan majlis serta logo baharu sekolah.

Memetik kata-kata dari ucapan YB, beliau menyatakan bahawa majlis sebegini begitu baik untuk diteruskan bagi merapatkan hubungan antara komuniti serta meraikan perayaan-perayaan setiap kaum yang disambut. Selain itu, beliau juga menekankan dalam soal pemberian dana yang begitu penting bagi menggerakkan gerak kerja sekolah. Semua aktiviti yang dijalankan adalah untuk merancakkan proses pembelajaran bukan sahaja untuk pelajar malah, dapat juga menyambut semangat kekitaan untuk masyarakat komuniti.

Acara majlis ini telah berjaya berlangsung dengan jayanya. Membawa semangat cinta akan keamanan dan kasih sayang tanpa mengira kaum, warga sekolah dan komuniti sawai berjaya memupuk nilai-nilai yang baik dari majlis ini dan masing-masing berbesar hati dengan majlis perayaan yang diraikan.















Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...