29 September 2023 | Jumaat
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
SK Abang Gesa Belawai.
Sambutan bermula dengan perarakan di sekitar Kampung Belawai oleh guru-guru, AKP, dan pelajar-pelajar SK Abang Gesa. Perakan berlangsung sekitar 20 minit itu bermula dari sekolah mengelilingi kawasan Kampung Belawai.
Selesai perarakan, diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Mustaqim, guru Pendidikan Islam SK Abang Buyuk Jerijeh, dan kemudiannya disudahkan dengan majlis penyampaian hadiah dan juga Tokoh Maulidur Rasul.
0 Comments