SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP

 Pada hari Jumaat yang lepas 15 September 2023, SK Kampung sawai telah berjaya menyahut seruan untuk melaksanakan Program One Hour Malaysia Clean Up.

Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah Bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera – Wellmess Month (BMSS-WM). Program ini bertujuan untuk menekankan aspek kebersihan di tempat kerja berpandukan konsep 5S serta mendukung Teras 4 dalam Agensi Nasional Malaysia Sihat.

Warga SK Kampung Sawai telah bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah bermula jam 3 petang dan berakhir dengan jayanya pada jam 4 petang.








Post a Comment

0 Comments