Skip to main content

SK KAMPUNG SAWAI: SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

 Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia selama 3 hari bermula pada tarikh 13 sehingga 15 September 2023.

Sambutan ini telah disambut dengan meriah dan dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik oleh pihak penyelaras sekolah. Pada hari pertama, warga sekolah telah menjalankan aktiviti perarakan merdeka, pertandingan bola sepak berkain pelikat dan pertandingan nyanyian patriotik antara rumah sukan.

Seterusnya pada hari kedua, murid-murid diisi dengan aktiviti menjawab kuiz sejarah, aktiviti mewarna dan melukis poster jalur gemilang. Pada hari terakhir, acara penangguhan telah berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Sambutan bulan Kemerdekaan ini juga telah diraikan bersama ibubapa yang turut sama menjayakan semua aktiviti yang dianjurkan. Semua murid turut memberi kerjasama yang baik dala menjayakan sambutan ini.

Sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada kali ini telah berjaya menerapkan nilai semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri semua warga sekolah. Murid-murid juga turut mendapat banyak faedah dan manfaat melalui aktiviti di luar bilik darjah yang telah disertai mereka selama 3 hari berturut-turut.
























Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...