Skip to main content

SK KG TEKAJONG: KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH TAHUN 2023

 

Nama Sekolah                            : SK Kg Tekajong

Nama Program / Intervensi         : Kejohanan Olahraga Sekolah Tahun 2023

Mata Pelajaran                           : -

 

Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 20-21 September 2023

Kumpulan Sasaran                     : Semua warga sekolah

 

Pengisian Program / Intervensi   :

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di dalam bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Unit Kokurikulum SK Kg Tekajong telah mengadakan Kejohanan Olahraga Sekolah yang bertemakan “Badan Cergas, Minda Cerdas, SK Tekajong Terus Tangkas”.


Antara objektif program ini termasuklah:

-        Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Zon Daro tahun 2024.

-        Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.

-        Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

-        Mendekatkan ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah melalui sukan


Antara acara yang dipertandingkan termasuklah:

-        Acara Padang (Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar Peluru)

-        Acara Balapan (100m, 200m, 4x100m, 4x200m)

-        Pertandingan Khemah Terbaik, Pertandingan Maskot Terbaik, Pertandingan Perbarisan Terbaik, Juara Keseluruhan

-        Cabutan Bertuah

- Acara Komuniti (Kategori Ibu Bapa): Bola Sepak Veteran


Gambar / Video:



Rumah Sukan Gamang

Rumah Sukan Mejet

Rumah Sukan Gagey






Penutup                                     :        

Diharapkan tema yang ditetapkan bagi Kejohanan Olahraga Sekolah iaitu “Badan Cergas, Minda Cerdas, SK Kg Tekajong Terus Tangkas” dapat melahirkan generasi yang cemerlang, seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Majulah sukan untuk SK Kg Tekajong!


Disediakan Oleh: 

Penyelaras Kejohanan Olahraga Sekolah Tahun 2023

Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...