PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK STALON 2023

Pada 8 November lalu, Sekolah Kebangsaan Stalon di bawah anjuran Unit Kokurikulum telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform. Perkhemahan ini bertempat di kawasan sekolah selama 3 hari 2 malam dengan penglibatan seramai 10 orang murid tahap 2 sambil dibantu oleh 7 orang guru dan 2 orang AKP.

Antara beberapa pengisian perkhemahan adalah seperti aktiviti pertolongan cemas, aktiviti kraf tangan dari barangan kitar semula, aktiviti ikatan dan gajet, kawad kaki, khidmat masyarakat dan aktiviti malam kebudayaan. 

Di akhir sesi perkhemahan, semua peserta berjaya mengikuti aktiviti yang dirancang dengan kerjasama yang erat di kalangan guru sebagai fasilitator.









Post a Comment

0 Comments