SK STALON : KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK STALON 2023

Pada 29 November lalu, Unit Kokurikulum Telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Peringkat SK Stalon dengan kerjasama PIBG SK Stalon. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari di mana acara rentas desa disekalikan pada hari pertama kejohanan.

Kejohanan ini disambut dengan meriah dengan kehadiran dan penglibatan yang sangat memberangsangkan daripada wakil-wakil ibubapa penjaga murid serta exco PIBG SK Stalon. 
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah acara rentas desa, acara padang, sukaneka dan acara cabutan bertuah.

Kejohanan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam mengenalpasti murid-murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga yang akan berlangsung pada masa yang akan datang di samping dapat membentuk serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga sekolah dengan warga PIBG SK Stalon.



























Post a Comment

0 Comments