SK NANGA SEMAH: PLC 1

Mesyuarat JK PLC Sekolah SK Nanga Semah dan BENGKEL PENGISIAN AMALAN TERBAIK MURID DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)

12.03.2024

Mesyuarat memutuskan untuk membuat ketetapan jumlah PLC yang perlu dilaksanakan oleh semua panitia mata pelajaran iaitu sebanyak sekurang-kurangnya 2 PLC bagi setiap panitia.

Seterusnya, mesyuarat ditangguhkan untuk memberi ruang kepada Penyelaras SSDM melaksanakan PLC 1 2024/2025.

Perkongsian diberikan oleh Penyelaras SSDM sekali gus Penyelaras PLC Sekolah dalam usaha memberikan pendedahan kepada semua staf mengenai kaedah pengisian amalan terbaik secara atas talian.

Penyelaras turut menyediakan Fail Rekod Amalan Terbaik Murid dan Buku Merit Demerit untuk kegunaan harian sekiranya tiada capaian internet.

Hal ini dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah pengisian amalan terbaik murid di peringkat sekolah.











Post a Comment

0 Comments