Mewah dan Indah, Tema Bilik Mesyuarat SK Sebako

Pada Isnin, 6 Mei 2024 telah berlangsung Gotong Royong mengecat, membaik pulih, memasang tikar dan penyusunan semula Bilik Mesyuarat SK Sebako Daro. 

Program yang telah berlangsung selama empat jam tersebut menampilkan kerjasama dan semangat gotong royong dalam kalangan warga staf SK Sebako. Tugas pada petang itu turut dibantu oleh barisan Pengawas serta murid Tahun 6 yang sukarela membantu guru dan staf SK Sebako mengemas bilik mesyuarat dan stor. 

Bilik Mesyuarat ini yang diletakkan di bawah pengendalian Cik Khaizanatul Husna Binti Mortadza selaku Setiausaha SPLKPM telah direncakan untuk dijadikan bilik media, bilik PLC, bilik mesyuarat serta berlangsungnyta sesi LDP sepanjang tahun 2024. Bahagian belakang pula akan dinaiktaraf memaparkan banting sekolah sebagai Domain Wall sekolah. 

Nantikan wajah baru Bilik Mesyuarat SK Sebako! 











Post a Comment

0 Comments