PERJUMPAAN KETIGA KELAB HOKI SK SEBAKO

Perjumpaan Ke-3 Kelab Hoki SK Sebako 2024 memfokuskan kepada dua kemahiran asas dalam permainan hoki. 

Asas Memegang Kayu Hoki

Asas Mengawal Bola Hoki 

Perjumpaan ketiga yang diadakan di Dewan Terbuka SK Sebako dihadiri oleh seramai 21 orang murid Tahap 2 dengan bimbingan empat orang guru Kelab Hoki. 

Aktiviti dimulakan dengan simulasi oleh Cikgu Alfoy Dimo diikuti oleh aktiviti berpasangan oleh murid dan aktiviti berkumpulan dalam mengawal bola hoki. Pertemuan ketiga ini berlangsung selama dua jam bermuda 4 petang sehingga 6 petang. 

SK Sebako Daro terus mengungguli permainan hoki dan berusaha untuk menghantar lebih banyak pemain bagi mewakili Bahagian Mukah pada tahun 2024. Pada tahun 2023, seramai tiga orang murid SK Sebako telah terpilih mewakili paskan Hoki MSSR Bahagian Mukah. 






Post a Comment

0 Comments