SK KAMPUNG SAWAI: GOTONG ROYONG MADANI

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya  melaksanakan program gotong royong madani pada 11 Mei 2024 bertempat di Sk Kampung Sawai.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membersihkan kawasan sekolah serta menceriakan kelas. Program ini telah melibatkan semua guru, murid dan ibubapa bagi melancarkan pergerakan program ini. 

Hasil kerjasama yang dijalankan telah berjaya mengubah landskap SK Kampung Sawai ke arah yang lebih ceria, bersih dan menenangkan. Program ini juga telah berjaya mengukuhkan hubungan warga sekolah dengan komuniti setempat serta memberi impak nilai murni yang baik kepada pelajar. 












Post a Comment

0 Comments