SK KAMPUNG SAWAI: LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

Pada 24 Mei 2024, SK Kampung Sawai telah melaksanakan aktiviti latihan pengungsian bangunan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang suasana jika berlaku kebakaran dan bagaimana cara untuk menyelamatkan diri dengan cara yang betul.

Latihan ini telah melibatkan semua warga sekolah dan berjaya mengumpulkan semua di padang Sk Kampung Sawai dalam masa 1 minit 38 saat. Setelah itu, sedikit taklimat ringkas telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM berkaitan pengungsian bangunan.

Latihan ini telah mendapat faedah yang baik kepada semua warga sekolah dan semua murid telah mendapat input yang banyak berkaitan keselamatan diri. 















Post a Comment

0 Comments