SK KAMPUNG SAWAI: SAMBUTAN HARI GURU 2024

Pada minggu lepas, Sk Kampung Sawai telah berjaya mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang dilaksanakan pada 16 Mei 2024 bertempat di Dewan Solar Galaksi. 

Sambutan ini telah disambut oleh semua warga sekolah termasuklah ibubapa yang turut hadir untuk meraikan serta memeriahkan hari guru tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan dari Menteri Pendidikan oleh PK Pentadbiran dan seterusnya penyampaian perutusan dari KPM oleh PK HEM.

Seterusnya,  nyanyian lagu sempena Hari Guru turut dinyanyikan oleh semua guru dan diikuti dengan bacaan lafaz ikrar dengan penuh semangat. Murid-murid turut memeriahkan sambutan ini dengan mempersembahkan bacaan deklamasi sajak dan nyanyian Hari Guru.

Pada sesi tengahari, pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan seperti permainan bola beracun, siapa cepat dia dapat, dan lari masuk gua. Kesemua aktiviti ini telah disertai oleh semua guru dan murid serta ibubapa yang hadir pada hari tersebut. 

Sambutan Hari Guru di SK Kampung Sawai telah berjaya mengukuhkan hubungan komuniti serta menyebarkan nilai-nilai murni yang baik dalam kalangan murid untuk dijadikan contoh yang baik dalam kehidupan mereka.


















Post a Comment

0 Comments