SK SEBAKO :: PROGRAM BMI TAHAP 1

23 Mei 2024
Program Body Mass Index Tahap 1

Pagi ini telah berlangsung program BMI Tahap 1. Program bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan memiliki komposisi badan yang ideal untuk kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Program melibatkan semua murid Pra Sekolah, Darjah 1, Darjah 2 dan Darjah 3 seramai 34 orang. Program ini diharapkan dapat mencapai hasratnya agar murid mengetahui status BMI sendiri, melakukan aktiviti fizikal secara tekal, mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. 


Program ini telah dikendalikan oleh Cikgu Rogayah Omar selaku Penyelaras Program BMI dan SEGAK SK Sebako. Program ini akan disusuli dengan Program kedua yang mensasarkan intervensi kepada murid yang berlebihan berat dan kurang berat.













Post a Comment

0 Comments