Skip to main content

SK SEBAKO :: SAMBUTAN HARI GURU, APRESIASI BUAT PARA PENDIDIK SK SEBAKO

16 Mei 2024
Guru Juhari Digital Aspirasi Negara Madani
Panda 16 Mei 2024 telah berlangsung dengan jayanya sambutan Hari Guru Peringkat SK Sebako Daro. Majlis diadakan di Astaka Sekolah dalam keadaan sederhana namun meriah. Majlis turut dihadiri Exco PIBG dan ibu bapa murid.

Majlis yang berlangsung pada jam 8 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Adha Afiq Abdul Aziz, Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Sebako. Majlis kemudian disusuli dengan nyanyian Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Fly Kenyalang Fly. Ikrar Hari Guru dipimpin oleh Cikgu Kamarul Abu Nawas disusuli dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh para guru.

Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Abdul Ghani Bin Ali turut menyaksikan ucapan Hari Guru daripada Encik Mokhtar Ibrahim, Guru Besar SK Sebako. Kemudian majlis bersama-sama mendengar amanat Hari Guru 2024 daripada Menteri Pendidikan yang dibacakan Haji Mohd Sufri Yakup, Penolong Kanan Kurikulum.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata buat para guru yang telah mendidik dan mengajar anak-anak SK Sebako. Majlis juga berbesar hati menerima tajaan kek daripada Tuan Ketua Kaum, Encik Shahrizan Mohamad dan Tuan YDP, Encik Abdul Ghani Ali.

Majlis diteruskan dengan BBQ melibatkan para guru dan murid tahun 6 pada sebelah malamnya. Semoga majlis yang sederhana, ringkas dan meriah ini mampu melonjakkan semangat para guru dan mengeratkan hubungan guru serta ibu bapa untuk bersama-sama melonjakkan kemenjadian murid SK Sebako.

Selamat Hari Guru!


































Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...