Skip to main content

SK SEBAKO BERSAMA SK ABANG BUYUK MENGELOLA KARNIVAL OLAHRAGA ZON TANJUNG MANIS 2024

Tanggal 3 dan 4 Julai yang lalu bertempat di Padang SK Abang Gesa Belawai telah berlangsung Karnival Olahraga Zon Tanjung Manis 2024 yang dikelolakan bersama oleh SK Sebako dan SK Abang Buyuk.

Kejohanan yang mempertaruhkan dua kategori iaitu 11 dan 12 Tahun Ke Bawah itu telah disertai lapan buah sekolah kelompok Zon Tanjung Manis iaitu SK Stalon, SK Bayang, SK OKMP Paloh, SK Sebako, SK Abang Buyuk, SK Abang Gesa, SK Abang Galau dan SK Tanjong Manis.

SK Abang Gesa Belawai telah diumumkan sebagai Johan dengan mencatat 21 pangat emas manakala SK Abang Galau dinobatkan sebagai Naib Johan dengan 6 pingat emas. SK Tanjong Manis pula ditempat ketiga dengan 2 pingat emas. 


Adik Muhammad Amer Raykhal Othman telah diangkat sebagai Olahragawan Harapan manakala adik Nur Alya Syakila binti Azarie diangkat sebagai Olahragawati Harapan. Adik Mohammad Iqram Mohd Najeri pula muncul sebagai Olahragawan dan adik Ila daima binti Madihi sebagai Olahragawati


Seramai 38 orang murid dan 20 orang Pegawai terpilih bagi mewakili Kontinjen Zon Tanjung Manis ke Kejohanan Olahraga MSSD 11 dan 12 TKB Daro 2024 yang bakal berlangsung pada 17 dan 18 Julai 2024 di Kompleks Sukan Mini Daro.

Sekalung tahniah dan penghargaan baat semua warga kerja Karnival Olahraga Zon Tanjung Manis 2024. 















Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...