SK KG TEKAJONG: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH BESTARI KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DARO

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH BESTARI KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DARO

Nama Sekolah                            : SK Kg Tekajong

Nama Program / Intervensi         : LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH BESTARI KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DARO

Mata Pelajaran                           : -

Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 4 Oktober 2024

Kumpulan Sasaran                     : PRASEKOLAH BESTARI


Pengisian / Intervensi                 :

Seramai 15 orang murid Prasekolah bersama 2 guru dan seorang PPM beserta dengan AJK Waris Prasekolah Bestari telah hadir dalam lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Daro pada 4 Oktober lepas.

Antara aktiviti atau pengisian yang telah dilaksanakan semasa sesi lawatan ini termasuklah: Mengadakan ceramah berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran dan mengadakan demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Para pelajar, guru yang hadir dan ibu bapa yang turut serta juga dibawa menaiki jentera dan seterusnya memadam kebakaran bagi memberi peluang merasai kerjaya menjadi seorang anggota bomba.


Gambar / Video                          :











Disediakan oleh:

PUAN TAHIRAH BINTI BAIJURI

Guru Prasekolah.

Post a Comment

0 Comments