Skip to main content

SK KG SERDENG : MAJLIS MUSABAQOH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SK KG SERDENG 2024

MAJLIS MUSABAQOH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SK KG SERDENG 2024

Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Kampung Serdeng

Nama Program:
Majlis Musabaqoh Tilawah Al-Quran Peringkat SK KG Serdeng

Tarikh Pelaksanaan : 
10-12 September 2024 l Selasa - Khamis

Kumpulan Sasaran: 
Semua Guru,  staf dan murid Sek. Keb. Kg Serdeng.

Intervensi Program : 
Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat SK Kg Serdeng 2024 adalah sebuah program yang diadakan untuk mengasah bakat dan mempertingkatkan pemahaman serta penghayatan pelajar terhadap bacaan dan tajwid Al-Quran.
1. Latihan Intensif Peserta
2. Pemilihan Peserta Berdasarkan Kategori
3. Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti
Sokongan Moral dan Motivasi.
4. Pemberian Sijil Penghargaan dan Hadiah







































 

Penutup : 
Syukur alhamdulillah, Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat SK Kg Serdeng 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bukan sahaja menjadi medium untuk meningkatkan kemahiran dan penghayatan pelajar terhadap bacaan Al-Quran, malah ia turut memperkukuh jati diri dan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras untuk menjayakan majlis ini, termasuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa, peserta, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sokongan dan komitmen yang telah diberikan membuktikan betapa pentingnya kerjasama dalam memastikan kejayaan program ini.

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dengan lebih baik dan sempurna. Harapan kami agar majlis seperti ini akan terus menjadi platform untuk membentuk generasi muda yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan kita semua akan mendapat ganjaran dan diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :
Ajk Dokumentasi
(Salwana Mohd Suyuty)

Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...