KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT SK KG TEKAJONG SESI 2024/2025
Nama Sekolah :
SK Kg Tekajong
Nama Program / Intervensi :
KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT SK KG TEKAJONG SESI 2024/2025
Mata Pelajaran : -
Tarikh Pelaksanaan Program
/ Intervensi: 8 November 2024
Kumpulan Sasaran : Warga sekolah, semua
murid
Pengisian / Intervensi :
Panitia Pendidikan Islam
dan Panitia Bahasa Arab melaksanakan Kem Bestari Solat (KBS) selari dengan misi
KPM untuk melahirkan anak yang baik lagi cerdik. Oleh yang demikian, KBS yang
merupakan aktiviti tahunan sekolah dijalankan sejajar dengan objektif tersebut.
Program ini bertujuan
memperbaiki bacaan murid terutamanya dalam bacaan Doa Qunut bagi tahap 1 dan
sujud sahwi bagi tahap 2. Pendedahan cara bacaan diberikan sekaligus tatacara
doa qunut dan sujud sahwi dalam solat disamping dapat menghafal bacaan tersebut
dengan baik dengan bimbingan daripada fasilitator.
Gambar / Video :
Penutup:
Terima kasih diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan Kem Bestari Solat Siri 1
ini. Semoga dengan aktiviti yang sedemikian murid dapat melaksanakan ibadah
solat dengan lebih baik sekaligus membentuk kemenjadian murid yang seimbang intelektual
dan rohani.
Disediakan oleh:
PUAN NORLIHASYIKIN BINTI
RAMLI
PENYELARAS PROGRAM
0 Comments