Hari Anugerah Kemenjadian Murid dan Graduasi Prasekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid, khususnya murid yang telah berusaha melibatkan diri dengan cemerlang sepanjang sesi persekolahan.
Sehingga kini, majlis-majlis seperti ini telah menjadi program tahunan setiap sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hari Anugerah ini dilaksanakan sebagai motivasi dan tanda penghargaan kepada semua murid yang telah bertungkus-lumus melakar kejayaan demi kejayaan seterusnya mengharumkan nama sekolah.
Semoga dengan usaha murni ini juga akan dapat menyumbang kepada peningkatan sahsiah diri murid dan prestasi akademik serta bukan akademik semua warga sekolah amnya dan murid khususnya.
Objektif:
Menghargai pencapaian murid
Membina semangat murid untuk belajar.
Menyerlahkan bakat murid dalam pelbagai aspek
Meraikan kepelbagaian murid
Tarikh: 15 Januari 2025
Hari: Rabu
Masa: Jam 0800 - Jam 1300
Tempat: Dewan Serbaguna, SK Nanga Semah
Tema: Pop Yeh Yeh
Penglibatan: Semua murid, staf sekolah, pekerja swasta, Klinik Kesihatan Nanga Semah dan Komuniti Nanga Semah.
Video:
https://www.facebook.com/share/v/14sEhyoaJf/
https://www.facebook.com/share/v/1FzVGmu3xh/
https://www.facebook.com/share/v/15bb51fwXp/
https://www.facebook.com/share/v/15jCN678ym/
Penutup:
Program ini diharapkan agar menjadi satu indikator penilaian dan penghargaan kepada segala jenis usaha, pencapaian mahupun penglibatan murid sepanjang sesi persekolahan 2024/2025. Semoga program ini juga dapat mewujudkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Disediakan Oleh,
Selasiah binti Kassim
Penyelaras Website SisC+
SK Nanga Semah, Daro.
22.01.2025
0 Comments