Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Sebako Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua PIBG SK Sebako, Encik Abdul Ghani bin Ali.
Majlis turut dihadiri ayahanda Abdullah bin Mus (KK Kampung Sedi), ayahanda Shahrizan bin Mohamad (KK Kampung Sebakau), Tuan Haji Hanikal bin Mudin (Imam Kampung Sebako) dan ayahanda Sebki bin Nerawi (Mantan YDP Kampung Sebakau).
Sebanyak 92 buah hamper telah disumbangkan oleh pelbagai pihak untuk cabutan bertuah bersempena kejohanan sukan ini. Sebanyak RM1200 berjaya diperoleh hasil daripada jualan tiket bertuah bagi menampung kos penyertaan dan penganjuran aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2025.
Hari Pertama : Acara Padang
Hari Kedua : Acara Balapan
Keputusan Penuh Kejohanan seperti berikut ;
Johan RUMAH KEJORA
Naib Johan RUMAH RUMAH SINERGI
Ketiga RUMAH SUKSES
Para penerima anugerah ialah ;
Olahragawan - Muhammad Faiz Bardrul bin Shah Rizan
Olahragawati - Aisyah Syazra binti Suhaimi
Olahragawan Harapan - Muhammad Naufal Rizki bin Julaihi
Olahragawati Harapan - Siti Nuradriana binti Mohd Asrul
0 Comments